Kelaziman dalam kalangan haiwan Kanibalisme

Fenomena ini telah dicatat dalam sebanyak lebih 1,500 spesies haiwan yang diketahui.[2]

Akibat persaingan

Pemangsaan makhluk sejenis lazim diperhatikan berlaku dalam suatu taburan terbatas dalam suatu lingkungan setempat yang boleh tertimbulnya permasalahan akibat perebutan sumber yang sama sesama penghuni sehabitat dari segi perbilangan[3] atau hubungan dalam sesuatu kawan.[4] Fenomena ini biasa melibatkan anak hidupan yang masih bernyawa mahupun yang sudah lahir mati ataupun yang keguguran, malah juga semasa dalam peringkat telur yang dieram.[5] Ia juga lazim di habitat-habitat ekosistem laut.

Perilaku ini boleh menjejaskan perbezaan taburan yang ujud secara setempat dari serendah 8% (tupai spesies Urocitellus beldingi) sampailah sebanyak 95% (larva pepatung) di serata taksa hidupan.[6]

Semasa pembiakan

Pemangsaan dan pemakanan pasangan sering berlaku dalam kalangan labah-labah serta invertebrata lain termasuk gastropoda (misalnya mentadak dan kala jengking)[7] semasa tempoh menarik perhatian pasangan ataupun semasa kedua-dua pasangan mengawan. Perilaku ini lazim dilakukan pasangan betina ke atas pasangan jantan, namun ada juga situasi sebaliknya dalam pemerhatian terkawal dalam makmal.[7][8][9]